Yang Dipertua Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Sungai Pinang, Ahmad Yakqub Nazri, berkata tindakan itu tidak sejajar dengan pendirian Pakatan Rakyat kononnya mahu menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat.
"Inilah kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini, cakap tak serupa bikin. Apakah ini kerajaan yang kita hendak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau menyifatkan pemaparan nama pelajar itu sebagai satu desakan secara memalukan mereka dan bertentangan dengan janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) jika menang Pilihan Raya Umum ke-13.
Ahmad Yakqub menasihatkan mahasiswa supaya berfikiran rasional dan tidak diperalatkan pemimpin politik yang hanya pandai menabur janji semata-mata bagi mencapai cita-cita politik sempit mereka.
“Kerajaan Barisan Nasional (BN) menanggung subsidi yang tinggi bagi membolehkan pelajar melanjutkan pengajian dan beliau berkata, adalah tidak wajar untuk menghapuskan PTPTN yang terbukti sangat berguna kepada pelajar,” katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment