My Add

Friday 20 April 2012

Pembangkang berbeza nada untuk pancing undi mahasisw

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 April, 2012: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menegaskan bahawa penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu menerima sokongan beberapa pemimpin pembangkang.

Timbalan Setiausaha Agung MPP UPNM, Tuan Ahmad Nazmi Safwan Tuan Mat berkata, sewaktu awal penubuhan PTPTN pada 1997, ia mendapat sokongan kerana dilihat mampu membantu melahirkan mahasiswa berkualiti.

"Sewaktu PTPTN ditubuhkan dahulu, dana asalnya hanyalah sebanyak RM100 juta tetapi dinaikkan sehingga RM1 bilion atas sokongan yang diberikan oleh beberapa pemimpin pembangkang waktu itu, antaranya, Ketua Menteri Pulau Pinang kini, Lim Guan Eng dan juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Sokongan yang diberikan oleh mereka dahulu adalah bagi menyokong usaha kerajaan melahirkan generasi muda yang berilmu dan terpelajar melalui kemudahan pinjaman bagi membolehkan mereka menanggung kos sara hidup sebagai pelajar," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment