My Add

Friday 20 April 2012

Mesyuarat MAIPP tidak sah?

PULAU PINANG, KHAMIS, 19 April, 2012: Mesyuarat pertama Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang berlangsung hari ini berkemungkinan tidak sah kerana dipengerusikan Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Mohd. Salleh Man (gambar).

Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO negeri, Shabudin Yahaya berkata, berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang mesyuarat MAIPP perlu dipengerusikan Yang Dipertua kecuali atas sebab-sebab tertentu.

"Timbalan Yang Dipertua boleh memanggil mesyuarat jika tiada Yang Dipertua namun masalah sekarang Yang Dipertua ada, tidak tarik diri. Jadi kita anggap Yang Dipertua MAIPP wujud.

"Tiada dalam mana-mana organisasi berlaku begini. Sekarang seolah-olah ada dua kepala dalam MAIPP," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman semalam mengakui membuat kesilapan dalam isu pelantikan Yang Dipertua MAIPP yang baharu. - UUSAN

No comments:

Post a Comment