My Add

Friday 20 April 2012

Penerbangan terus Terengganu ke Jeddah, Madinah

*ABDUL Razak Ismail (kiri) bertukar dokumen dengan Samer Akhyat (kanan) sambil disaksikan Ahmad Said pada Majlis menandatangani MoU Operasi Umrah dan Haji di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 19 April, 2012: Kerajaan negeri memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines bagi meningkatkan pengendalian urusan umrah dan haji secara terus dari sini.

Melalui MoU berkenaan, syarikat penerbangan tersebut akan memulakan dua penerbangan sulungnya pada 25 Mei ini dan seterusnya pada 19 Julai dengan membawa 450 penumpang bagi setiap penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud terus ke Jeddah dan Madinah.

Kerjasama strategik ini juga dalam usaha kerajaan negeri menjadikan Terengganu sebagai hab umrah dan haji Pantai Timur dengan kemudahan lebih luas untuk rakyat menunaikan ibadat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment