My Add

Wednesday 4 April 2012

Penubuhan jawatankuasa khas pantau syor ke Kabinet

KUALA LUMPUR. RABU, 04 April, 2012: Cadangan supaya sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan bagi memastikan perlaksanaan 22 syor yang dicadangkan dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, setakat ini kerajaan belum membincangkan perkara itu.

"Kami belum membincangkan perkara berkenaan tetapi ia akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet akan datang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau mengulas cadangan PSC supaya Dewan Rakyat menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengawasi dan meneliti semua usaha yang dicadangkan bagi meningkatkan mutu daftar pemilih dan proses pilihan raya di negara ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment