My Add

Thursday 19 April 2012

Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan

KUALA LUMPUR, KHAMIS,. 19 April, 2012: Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) hari ini meluluskan resolusi berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia Mei depan.

FGVH dimiliki 100 peratus oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang mana 49 peratus pegangannya dimiliki oleh Felda Holdings.

Manakala, KPF yang dianggotai oleh kira-kira 112,627 peneroka dan 23,000 pekerja Felda pula memiliki pegangan sebanyak 51 peratus di dalam Felda Holdings. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment