My Add

Friday 27 April 2012

Perbezaan elaun wilayah guru akan disemak

KOTA KINABALU, JUMAAT, 27 April, 2012: Kerajaan memberi jaminan untuk menyemak semula perbezaan bayaran elaun wilayah guru Semenanjung yang mengajar di Sabah berbanding guru Sabah yang mengajar di Semenanjung.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui ia merupakan isu lama yang sering dibangkitkan di kalangan guru-guru terutama daripada Sabah yang dihantar bertugas di Semenanjung.

"Ada pendapat mengatakan elaun wilayah ini tidak seharusnya berbeza. Mungkin ada asasnya mengapa terdapat perbezaan.

"Saya akan semak dan buat kajian dan akan buat penjelasan sedikit masa lagi," katanya pada Majlis Ramah Mesra Menteri Pelajaran Bersama Warga Pesara Guru Sabah di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment