Oleh NURUL HUDA HASSAN
JOHOR BAHRU, SABTU, 21 April, 2012: Tindakan penuntut terlibat dalam kegiatan anjuran parti politik di luar kampus akan menjadi satu kebiasaan seiring dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, menerusi pindaan AUKU, para penuntut boleh berpolitik dan memegang jawatan dalam parti politik.
“Justeru, ia akan menjadi satu kebiasaan. Maka, tak perlulah kita beri perhatian atau fokus kerana ia normal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Wanita Dalam Perusahaan Sosial (WISE) di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan sekumpulan penuntut yang tetap berdegil dengan menyertai perhimpunan bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dataran Merdeka, di ibu negara sejak Sabtu lalu. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment