My Add

Monday 23 April 2012

PKR Selangor takut angin perubahan - Noh

SHAH ALAM, AHAD, 22 April, 2012: Cadangan agar Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat, hanya menunjukkan pakatan pembangkang takut dengan angin perubahan yang melanda negeri itu.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang membuat saranan itu kerana beliau sedar tentang sokongan rakyat yang telah kembali kepada BN termasuk masyarakat India yang dahulunya memihak kepada pakatan pembangkang.

Oleh itu, katanya, Anwar mula mencari alasan baru kononnya senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih dan hanya akan menyertai pilihan raya umum selepas semuanya bersih mengikut pandangan mereka.

"Dahulu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah mengeluarkan kenyataan yang Dewan Undangan Negeri Selangor tidak akan dibubarkan sekiranya pilihan raya umum diadakan sebelum Jun 2012.

"Tetapi sekarang sudah hujung April, belum ada tanda tetapi Anwar pula cadang Selangor tidak akan sertai pilihan raya itu dengan alasan baru," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment