My Add

Monday 23 April 2012

PM serah kunci rumah kepada ibu tunggal

NAJIB Tun Razak menyerahkan replika kunci kepada Teoh Yang King, sambil diperhatikan Zainal Abidin Osman di Perkampungan Jawi,Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.

NIBONG TEBAL, AHAD, 22 April, 2012: Seorang ibu tunggal, Teoh Yang King, 51, hari ini menerima kunci rumah baru daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan rumah lamanya musnah dalam kebakaran pada 14 Januari lalu.

Dengan rumah baru itu, dia bersama anaknya, Tan Hun Chow, 26, dan tiga cucu yang berusia antara tiga hingga lapan tahun kini tidak lagi berasa tertekan kerana terpaksa menumpang di tokong berhampiran.

"Rumah baru ini yang mempunyai tiga bilik dan satu bilik air akan membolehkan kami hidup selesa berbanding rumah papan asal yang uzur.

"Saya ucapkan terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Pusat kerana membantu kami sekeluarga," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunci daripada Najib di Perkampungan Jawi, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Cheng Liang.

Rumah baru itu yang menelan kos RM40,000 dibina oleh pelatih Pusat GiatMara sejak pertengahan Mac lalu selepas Zainal Abidin bertemu dengan Yang King untuk menawarkan pertolongan membina rumah baru di tempat asalnya demi membantu meringankan kehidupan mereka.

Projek pembinaan bermula 14 Mac lalu dan dijangka siap 13 Jun ini.

"Bagaimanapun, memandangkan saya dan tiga cucu terpaksa menumpang tempat di tokong di sini, pihak berkuasa yang belas kasih telah mempercepatkan pembinaan mereka dan ia telah pun disiapkan dalam masa kira-kira satu bulan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment