My Add

Monday 23 April 2012

Ubah gaya hidup, elak jadi miskin

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN

KOTA KINABALU, AHAD, 22 April, 2012: Sikap boros berbelanja merupakan faktor kritikal yang menyebabkan kebanyakan rakyat di negara ini jatuh miskin selepas bersara.

Sehubungan itu, Pengurus Besar Tune Ins Holdings Sdn. Bhd., K. Sasitharan berkata, cadangan melanjutkan usia persaraan kepada 60 tahun bukanlah satu jaminan yang dapat mengelakkan rakyat negara ini daripada mengalami sindrom miskin selepas bersara.

"Wang simpanan RM1 juta atau RM2 juta bukan satu nilai selamat seandainya amalan boros diteruskan semasa usia persaraan.

"Bagaimanapun, sekiranya anda memiliki simpanan kurang daripada RM1 juta tetapi hidup dengan cukup sederhana dan berhemah, wang yang dimiliki mampu bertahan," katanya ketika ditemui pada Seminar Khas Kewangan anjuran Amanah Saham Nasional Bhd. sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment