My Add

Monday 23 April 2012

PNB urus dana RM200 bilion

KOTA KINABALU, AHAD, 22 April, 2012: Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini menguruskan dana sejumlah RM200 bilion, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi pelabur dan pengurusan aset terbesar di negara ini.

Jumlah itu termasuk dana milik rakyat Malaysia dan PNB.

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, pencapaian itu membuktikan model menggembleng wang pelaburan serendah RM10 daripada rakyat Malaysia berjaya memakmurkan ekonomi negara.

Ini kerana, menurut beliau, dengan dana yang dikumpulkan itu, PNB berjaya membeli syarikat gergasi negara seperti Malayan Banking Bhd. (Maybank), Sime Darby Bhd. (Sime Darby) dan UMW Holdings Bhd. (UMW). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment