My Add

Monday 23 April 2012

Pengkhianatan terhadap Islam dan tamadun manusia

KUALA LUMPUR, AHAD, 22 April, 2012: Seorang tokoh ulama di negara ini menyifatkan pejuang serta pengamal lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini sebagai golongan yang telah melakukan pengkhianatan kepada Islam dan tamadun manusia.

Malah Felo Amat Utama Akademik Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam (ISTAC), Dr. Muhammad Uthman El Muhammady berkata, menganggap golongan terbabit turut melakukan kebiadaban terhadap keintelektualan manusia.

Beliau berkata, ini disebabkan golongan terbabit telah melanggar prinsip-prinsip turunnya Islam ke dunia ini yang antara lain memastikan maruah Islam sentiasa terpelihara.

"Inilah sebenarnya yang berlaku. Puak LGBT sebenarnya telah melakukan bukan sahaja kebiadaban terhadap keintelektualan manusia bahkan mereka juga telah melakukan pengkhianatan kepada Islam dan tamadun manusia," katanya pada wacana bertajuk ``Kemungkaran LGBT mengundang bala Allah’, anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment