My Add

Saturday 7 April 2012

Pos Malaysia lancar pos laju prabayar

SHAH ALAM, SABU, 07 April, 2012: Pos Malaysia Bhd hari ini melancarkan sampul surat dan kotak prabayar bagi perkhidmatan penghantaran Pos Laju, bagi manfaat urus niaga dalam talian yang semakin berkembang di Semenanjung Malaysia. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Khalid Abdol Rahmad, berkata kotak dan sampul surat prabayar itu akan memenuhi permintaan daripada perniagaan dalam talian dari sudut penyediaan penyelesaian penghantaran yang mudah dan menjimatkan. 

"Poslaju Prabayar akan membantu usahawan perniagaan dalam talian memastikan kos penghantaran mereka tidak dikenakan terlalu rendah atau terlalu tinggi kepada pelanggan mereka.

"Perniagaan dalam talian berkembang pesat di seluruh dunia dan bagi pasaran Malaysia, ia dijangka berkembang dalam tiga tahun akan datang," katanya pada satu taklimat media di sini, hari ini. 

Khalid berkata, sampul surat dan kotak prabayar itu boleh dibeli di lebih 300 titik jualan di Semenanjung Malaysia termasuk 156 cawangan Pos Malaysia yang terpilih dan 48 pusat Pos Laju di Semenanjung Malaysia. 

Beliau berkata, Pos Malaysia bercadang untuk memperluas perkhidmatan Pos Laju prabayar ini ke Sabah dan Sarawak menjelang suku ketiga tahun ini. 

Pada masa ini, katanya, Pos Laju menguasai 29 peratus agihan pasaran penghantaran domestik. 

"Kami nampak populariti perniagaan pembungkusan kecil yang semakin meningkat dan Pos Laju ingin merebut agihan pasaran berpotensi yang semakin meningkat ini dengan mengadakan perkhidmatan bungkusan kecil ini bagi peniaga dalam talian," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment