My Add

Sunday 1 April 2012

Proses urus sisa pepejal belum memuaskan hati

ALOR SETAR, AHAD, 01 April, 2012: Kerajaan belum berpuas hati dengan proses pengurusan sisa pepejal kerana masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki bagi meningkatkan tahap kebersihannya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, ia melibatkan aspek penjadualan kutipan sampah dari rumah ke rumah dan pembersihan awam.

"Ada tiga syarikat dilantik oleh kerajaan bagi menguruskan sisa pepejal di Semenanjung iaitu E-Idaman di bahagian utara, Alam Flora (tengah) dan Southern Waste Management (selatan).

"Terdapat banyak perbezaan ketika diurus oleh pihak berkuasa tempatan berbanding tiga syarikat ini, kerana menerusi penswastaan, pengurusan sampah mempunyai sistem yang sempurna, namun masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan talian bebas tol aduan sisa pepejal dan pengagihan tong sampah percuma di Taman Wira, Mergong, di sini hari ini.

Menurut Chee Heung, kerajaan memandang serius kelemahan pengurusan sisa pepejal itu yang mungkin boleh menyebabkan kontrak syarikat berkenaan diberikan kepada pihak lain jika gagal dilaksana dengan baik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment