My Add

Friday, 27 April 2012

Rakyat Malaysia perlu utamakan kesederhanaan

LONDON, KHAMIS, 26 April, 2012: Rakyat Malaysia di luar negara perlu mengutamakan konsep kesederhanaan agar tidak dilabelkan dengan sebarang perlakuan buruk termasuk berkaitan gejala ekstremisme.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kesederhanaan yang mesti diberi keutamaan itu antaranya berkaitan agama, cara hidup, penampilan dan ketika mengutarakan pendapat.

Melalui langkah mengutamakan kesederhanaan, titah baginda, ia lebih mudah diterima dan disanjung oleh masyarakat manakala budaya sedemikian sebenarnya berstatus amalan yang bijak untuk masa depan diri sendiri.

“Penampilan warga Malaysia di luar negara hendaklah dalam kerangka Islam yang sederhana, sama ada dalam amalan atau pun pendapat," titah baginda.

Perkara itu diketengahkan oleh baginda ketika bertitah merasmikan tazkirah bertajuk Wasatiyah atau Kesederhanaan yang disertai oleh rakyat Malaysia di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment