My Add

Friday 27 April 2012

Buku Rihlah Ilmiah dilancar

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 April, 2012: Sebuah buku yang merungkai teori ketamadunan Islam dilancarkan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini hari ini.

Buku berjudul Rihlah Ilmiah: Dari Neomodernisme Ke Islamisasi Ilmu Kontemporer karya Pengarah Pusat Pengajian Lanjutan Islam, Sains dan Tamadun (Casis) UTM, Prof. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud itu merupakan dedikasi beliau terhadap semua rakannya yang pernah terlibat dalam membangunkan gerakan intelektual.

Terdahulu, Zaini dalam ucapannya berkata, perkataan sarjana dan kesarjanaan mempunyai dua takrifan berbeza kerana kesarjanaan bermaksud seseorang yang mempunyai ketokohan tertentu dan pernah berbakti kepada masyarakat.

“Berbanding seseorang yang mempunyai segulung ijazah sarjana, tahap ilmunya masih rendah malah, terlalu awal untuk dikategorikan sebagai tokoh kesarjanaan," katanya - UTUSAN

No comments:

Post a Comment