My Add

Thursday 19 April 2012

Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara

SYDNEY, KHAMIS, 19 April, 2012: Seorang rakyat Malaysia hari ini dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun kerana cuba mengimport ubat batuk dan selesema dalam kuantiti besar ke Australia.

Jackson Lee, 23, mengaku bersalah di Mahkamah Daerah Adelaide atas dakwaan mengimport lima kilogram ubat ContacNT.

Ubat tersebut mengandungi pseudoephedrine dalam jumlah tinggi di mana bahan kimia tersebut digunakan untuk menghasilkan dadah methamphetamine.

Dalam kes Lee, ia melibatkan sebanyak 1.7 kilogram pseudoephedrine, jumlah yang dilarang diimport tanpa permit. - AFP

No comments:

Post a Comment