My Add

Thursday 19 April 2012

Suu Kyi rancang kunjungi Britain, Norway Jun

YANGON, KHAMIS, 19 April, 2012:  Pejuang demokrasi, Aung San Suu Kyi merancang untuk mengunjungi Britain dan Norway sebagai sebahagian daripada lawatan pertamanya ke luar negara selepas 24 tahun.

Menurut jurucakap parti, Suu Kyi yang memenangi pilihan raya kecil awal bulan ini dijangka akan memulakan lawatannya pertengahan Jun depan.

Beliau juga merancang untuk melawat negara-negara lain dalam tempoh tujuh hari lawatannya selepas kali terakhir keluar negara pada 1988,’’ katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment