My Add

Sunday 8 April 2012

RM235j peruntukan AIM bantu usahawan kecil

TASEK GELUGOR, SABTU, 07 April, 2012: Kerajaan setuju memperuntukkan RM235 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi membantu pembiayaan peserta yang disasarkan berjumlah 450,000 pada akhir 2015. 

Peruntukan itu adalah tambahan kepada kira-kira RM6.4 bilion pembiayaan yang sudah dikeluarkan kepada seramai 297,790 peserta yang mendapat manfaat daripada skim itu sejak diperkenalkan pada awal 1970-an. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata kerajaan komited untuk menyalurkan bantuan kerana AIM berjaya membantu meningkatkan taraf hidup rakyat terutama isu rumah penduduk miskin dan pendapatan rendah.

Katanya, AIM bukan saja meningkatkan penyertaan usahawan dalam industri kecil dan sederhana tempatan, tetapi juga mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat khususnya di luar bandar. 

"Melihat kepada bilangan sahabat (peserta) yang kini hampir 300,000 orang, lebih daripada sejuta peluang pekerjaan dapat diwujudkan daripada kegiatan ekonomi sahabat dan jumlah ini dijangka meningkat sekali ganda pada akhir RMKe-10," katanya selepas merasmikan AIM Cawangan Butterworth di Dewan Besar Sungai Dua di sini, hari ini.. 

Nor Mohamed berkata, AIM sudah terbukti berjaya membantu golongan rakyat yang berpendapatan 40 peratus terkebawah, selain bersifat keterangkuman yang membantu rakyat tanpa mengira kaum. - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment