My Add

Sunday, 8 April 2012

Tunai janji kepada rakyat keutamaan BN: Musa Aman

8SANDAKAN, AHAD, 08 April, 2012: Usaha untuk menunaikan janji kepada rakyat dan mendengar permasalahan mereka secara terus menjadi keutamaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. 

Katanya, usaha BN ini diketuai sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang turun padang berjumpa rakyat melalui beberapa program yang dilaksanakannya seperti tinjauan mesra dan terbaru, Jelajah Janji Ditepati. 

"Pemimpin negara yakin dan berani untuk bersemuka dengan rakyat kerana mampu untuk menunaikan janji yang diberikan kepada mereka.

"Ia juga bagi membolehkan permasalahan rakyat dapat terus didengar daripada mereka dan menyelesaikannya serta merta," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Libaran di sini hari ini. 

Musa berkata, ia berbeza dengan pemimpin pakatan pembangkang yang hanya pandai memberikan janji kosong dan tidak mempunyai kemampuan untuk menunaikan janji mereka. 

Katanya, pakatan pembangkang lebih berminat kepada kuasa untuk memerintah tetapi gagal untuk membela nasib rakyat dan ini boleh dilihat dan terbukti berlaku di negeri yang mereka terajui. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment