My Add

Tuesday 10 April 2012

RUU ganti ISA: Polis boleh pintas perbualan

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 April, 2012: Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang digubal ekoran pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 memberikan kebenaran kepada pegawai polis memintas mesej yang dihantar atau diterima menerusi mana-mana medium komunikasi.

Rang undang-undang itu juga memberikan kebenaran kepada pegawai polis mendengar perbualan melalui mana-mana medium komunikasi termasuk menahan dan membuka barang pos pada masa penghantaran.

Rang undang-undang itu dibentang buat pertama kali di Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment