My Add

Tuesday 10 April 2012

MTUC tangguh perhimpunan di pejabat PM

SUBANG JAYA, SELASA, 10 Aprtil, 2012: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan aman secara besar-besaran di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 13 April ini. 

Ini sebagai menghormati maklum balas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ingin menyiasat dan menyelesaikan isu berkaitan pekerja dan kesatuan sekerja.

Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan, berkata selepas pertemuan di Bangunan Parlimen pada 5 April lalu, Perdana Menteri memberi maklum balas yang sangat menggalakkan dan bersetuju menyelesaikan isu berbangkit dengan cara baik.

"Terdapat tiga isu yang dibangkitkan ketika pertemuan berkenaan iaitu berkaitan pindaan Akta Pekerja 1955, pemansuhan kesatuan sekerja dan masalah yang dihadapi pekerja badan berkanun. 

"Justeru hari ini kami memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan berkenaan bagi memberi peluang kepada Perdana Menteri bagi mengambil tindakan sewajarnya," katanya pada sidang media di Wisma MTUC di sini. - BERITA HARIAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment