My Add

Monday 9 April 2012

Sidang Meja Bulat Mahasiswa kemuka kaedah bayaran balik

KUALA LUMPUR, AHAD, 08 April, 2012: Persidangan Meja Bulat Mahasiswa Nasional akan mengemukakan resolusi kepada Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kaedah pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang lebih berkesan serta menangkis dakyah pembangkang berhubung isu itu. 

Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pemuda UMNO, Syahrin Md Jamaluddin, berkata persidangan itu juga menjadi pentas bagi mahasiswa membahaskan kewajaran PTPTN dikekalkan selain mengemukakan cadangan untuk proses penambahbaikkan.

 “Menerusi program ini juga secara tidak langsung dapat melatih ciri kepemimpinan mahasiswa, terutama dalam aspek menyelesaikan masalah secara positif dan bukannya terikut-ikut dengan budaya demonstrasi seperti yang diamalkan pembangkang,” katanya kepada Berita Harian.

Kelmarin, akhbar melaporkan, UMNO dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) serta 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan mengadakan persidangan dua hari bermula esok bagi mencari penyelesaian terhadap kekalutan dan kesukaran dialami graduan akibat bebanan hutang pinjaman. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Zakaria Mad Som, berkata janji pembangkang memansuhkan PTPTN serta memberikan wang saku hanya janji kosong untuk pilihan raya.

No comments:

Post a Comment