My Add

Wednesday 4 April 2012

Sindiket proses dan edar dadah di Muar tumpas

JOHOR BAHARU, RABU, 04 April, 2012: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan makmal memproses dadah di Jalan Bakariah, Muar, Jumaat lalu. 

Dadah bernilai kira-kira RM500,000 turut dirampas sementara seorang lelaki dan wanita turut ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.15 pagi itu. "Sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar yang membuat pemeriksaan di rumah itu menemui 1,712.09 gram disyaki serbuk ekstasi, ketamin (54.54 gram), heroin (76.48 gram), syabu (3.44 gram), Eramin 5 (7.5 gram) dan pil Eramin 5 (30 biji).

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dadah yang dirampas itu mampu dibekalkan kepada 90,000 penagih. 

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang berusia 26 dan 33 tahun tidak mempunyai rekod jenayah bagaimanapun air kencing mereka positif dadah jenis Meth. 

Mereka dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar Muar, Ledang dan Jasin di Melaka sejak enam bulan lalu.

Kedua-duanya kini direman hingga Jumaat ini. 
Mohd Mokhtar berkata, turut dirampas ialah pelbagai peralatan memproses dadah serta dua kereta. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment