My Add

Wednesday 4 April 2012

Operasi berkala atasi pelajar ponteng sekolah

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

KOTA BHARU, RABU, 04 April, 2012: Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan mensasarkan untuk mengurangkan peratusan pelajar ponteng sekolah di negeri itu tahun ini, berbanding 0.15 peratus sekarang.

Pengarahnya, Hussain Awang berkata, bagi mencapai sasaran tersebut pihaknya telah pun mengaturkan pelbagai usaha termasuk memperkenalkan operasi ponteng sekolah di seluruh negeri.

"Setiap Pejabat Pelajaran Daerah ( PPD ) akan menjalankan operasi itu secara berkala iaitu sebulan atau dua bulan sekali.

“Jelas usaha yang dijalankan itu telah menunjukkan keberkesanan yang ketara di mana jumlah pelajar yang dilaporkan ponteng kini sudah berkurangan," katanya selepas majlis perhimpunan bulanan jabatan itu di Dewan Bestari Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 di sini, hari ini. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment