My Add

Sunday 1 April 2012

Syabas Nicol

NICOL David mencium trofi setelah menewaskan Annie Au 11-4, 12-10, 11-9 pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB Nicol David di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

Oleh Norzie Mohd. Khasbi

KUALA LUMPUR, SABTU, 31 Mac, 201: - Jaguh No. 1 dunia, Datuk Nicol David meraikan kejayaan merangkul kejuaraan kali kelapan Terbuka Kuala Lumpur dengan penuh emosi, semalam memandangkan ini kemenangan pertamanya selepas kejohanan itu ditukar nama kepada Skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB Nicol David.

Malah, Nicol juga mempunyai dua sebab untuk bergembira kerana dia bukan saja melakar sejarah muncul juara kali kelapan, malah mengumpul 60 gelaran keseluruhan dalam kalendar Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA).

Kemenangan manis itu dilakar selepas mengalahkan pemain No. 10 dunia dari Hong Kong, Annie Au 11-4, 12-10, 11-9 di depan ribuan penyokong sendiri di Berjaya Times Square.

No comments:

Post a Comment