My Add

Sunday 1 April 2012

Selangor gagal selesai masalah banjir - Noh Omar

TANJONG KARANG, SABTU, 31 Mac, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini diselar kerana gagal menyediakan peruntukan kewangan secukupnya bagi mengurangkan risiko kejadian banjir di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, kegagalan itu mengakibatkan beberapa tempat di negeri ini semakin teruk dilanda banjir.

''Ia sepatutnya boleh dielakkan sekiranya sistem perparitan dan kebersihan sesuatu tempat disenggara dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT),'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Larian Secupak Budi, Sepenuh Hati di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Padiberas Nasional Bhd. (Bernas), Datuk Syed Abdul Jabbar Syed Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Sulaiman Razak.

Beliau mengulas kejadian banjir kilat di Klang dekat sini semalam, hingga menjejaskan kehidupan harian penduduk termasuk lebih 5,000 murid di lapan buah sekolah menengah serta rendah yang terpaksa 'bercuti' apabila sekolah mereka diarah ditutup ekoran bencana itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment