My Add

Sunday 1 April 2012

Talian Nur 15999 telefon awam di sekolah percuma

KUALA LUMPUR, SABTU, 31 Mac, 2012: Perkhidmatan Talian NUR 15999 boleh dibuat secara percuma di lebih 40,000 telefon awam di sekolah-sekolah di seluruh negara mulai bulan Jun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, perkhidmatan secara percuma itu ditawarkan bagi memudahkan golongan kanak-kanak dan remaja membuat aduan mengenai masalah dera atau perkara-perkara lain yang membabitkan keselamatan mereka.

"Melalui perkhidmatan ini, kanak-kanak dan remaja berpeluang berkomunikasi dengan konsultan Talian NUR 15999 secara percuma bagi mendapatkan nasihat dan maklumat serta melaporkan aduan atau masalah yang mereka hadapi.

"Memang tidak nafikan ada segelintir yang menyalahgunakan talian ini, namun yang lebih mustahak adalah kita di peringkat kementerian perlu memberi ruang dan peluang untuk mereka membuat aduan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma) di Taman Metropolitan, Kepong di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment