My Add

Wednesday 4 April 2012

Tiada sebab DAP bimbang pengundi bertambah

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 April, 2012: - Pakatan pembangkang khususnya DAP tidak mempunyai sebab untuk merasa bimbang dengan sistem demokrasi yang diamalkan kerajaan di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tan Chai Ho berkata, pembangkang tidak seharusnya tergugat dengan peningkatan jumlah pengundi kawasan mereka kerana isu serupa juga terjadi di kawasan yang diwakili Barisan Nasional (BN).

"Mereka tidak seharusnya berasa tergugat atau bimbang, sebaliknya gembira kerana masyarakat Malaysia kini sudah semakin sedar tanggungjawab mereka dalam menentukan hala tuju negara.

"Isu mereka bangkitkan sebenarnya hanya menunjukkan sikap hipokrit yang dimiliki kerana perkara sama turut berlaku di kawasan BN," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Isu itu dibangkitkan wakil rakyat pembangkang di Parlimen yang merujuk peningkatan mengejut jumlah pengundi di kawasan yang diwakili mereka, antaranya 35 peratus di Subang, 29.5 peratus di Kota Raja dan 25 peratus di Puchong. - UTUSAN




No comments:

Post a Comment