My Add

Wednesday 4 April 2012

Rakaman Buletin Utama, Gobalakrishnan ditayang di mahkamah

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 April, 2012: Rakaman audio visual wawancara Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang disiarkan dalam program berita Buletin Utama di rangkaian televisyen swasta, TV3 pada pertengahan tahun lalu, ditayangkan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Rakaman wawancara tersebut adalah penting kerana ia menjadi intipati dalam kes saman RM2.5 juta yang difailkan oleh peguam Manjeet Singh Dhillon terhadap Gobalakrishnan berikutan penyiaran artikel dan berita yang didakwa memfitnah beliau.

Hakim Dr. Prasad Sandosham Abraham meneliti rakaman yang ditayangkan di hadapan beliau bagi menentukan sama ada perkataan tersebut bersifat memfitnah ataupun berupaya memfitnah Manjeet.

Peguam Hasnal Redzua Merican yang mewakili Gobalakrishnan memberitahu pemberita bahawa mahkamah akan mendengar hujahan lisan daripada pihak terlibat dan seterusnya membuat keputusan pada 21 Mei depan berhubung perkataan yang disiarkan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment