My Add

Wednesday 4 April 2012

Timbalan Perdana Menteri ke Kedah lagi esok

SUNGAI PETANI, RABU, 04 April, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan melakukan lawatan kerja sehari ke negeri ini esok.

Menurut aturcara lawatan beliau yang dikeluarkan Setiausaha Akhbarnya, Datuk Ainon Mohd., Muhyiddin mempunyai jadual padat antaranya mengadakan perjumpaan bersama beberapa pihak di Sungai Petani, Gurun, Alor Setar dan Kuala Kedah.

Timbalan Perdana Menteri dijangka tiba pada pukul 8.30 pagi di Lapangan Terbang Tentera Udara diraja Malaysia (TUDM) Butterworth dekat sini, sebelum memulakan lawatan dengan mengadakan perjumpaan khas bersama peniaga kecil dan pemandu teksi seluruh Kedah di Taman Ria, di sini.

Selepas itu, kira-kira pukul 11.15 pagi, Muhyiddin yang diiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar akan mengadakan perjumpaan khas bersama lebih 20,000 pemimpin peladang di Kilang Baja NPK Fertilizer Sdn. Bhd., Gurun.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran dijadual mengadakan perjumpaan bersama warga pendidik Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil di Sekolah Menengah Kebangsaan Keat Hwa 2, Alor Setar.

Pada sebelah petang pula, Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan masyarakat nelayan seluruh negeri di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Kedah. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment