SIBU, JUMAAT, 27 Apri, 2012: Tinjauan mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pasar Besar Sibu pagi tadi di mana beliau bertemu dan berbual-bual dengan para peniaga dan orang ramai secara lebih dekat benar-benar menggambarkan konsep 1Malaysia beliau dan hasratnya merasai denyutan nadi rakyat.
Walaupun, ia adalah lawatan beliau yang ketiga ke venue ikon popular bandar ini, Najib menceriakan penduduk tempatan, yang datang daripada pelbagai etnik masyarakat, yang memberikan sambutan hebat kepada beliau.
Pada Februari dan Mac 2010, Perdana Menteri juga melawat pasar besar itu, yang dikatakan pasar terbesar di negara ini dengan 1,100 gerai tetap dan antara 200 hingga 250 "tamu" atau gerai penjaja pribumi terdiri termasuk Iban, Melayu, dan Melanau.
Tukang kayu Peter Lansong, yang mengeluarkan RM17 untuk tambang bot skpres bagi dua jam perjalaan dari Song, dapat memnuhi impiannya bertemu perdana menteri.
"Saya berasa bangga dapat berjabat tangan dengan pemimpin Nombor Satu negara kerana beliau telah banyak berjasa kepada rakyat," kata bapa kepada enam orang anak, penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada Bernama. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment