My Add

Thursday 19 April 2012

TM bolot Anugerah Penyedia Jalur Lebar Terbaik di Bangkok

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 April, 2012: Telekom Malaysia Bhd (TM) dipilih sebagai Penyedia Jalur Lebar Terbaik di Anugerah Tahunan Telecom Asia ke-15, anugerah industri paling berprestij di rantau ini, di Bangkok, semalam. 

Pengerusi panel penjurian Per Dahlberg dalam satu kenyataan hari ini berkata, anugerah itu mengiktiraf pencapaian dan penerajuan dalam telekomunikasi Asia dengan penekanan kepada inovasi dan prestasi kewangan.

"Industri telekomunikasi di Asia berdepan cabaran yang besar.

"Dengan penurunan pertumbuhan pendapatan dan margin yang terhad, pengendali perlu menambah baik kecekapan dan kos kawalan dalam perniagaan mereka di samping mewujudkan inovatif, kelebihan bukan harga berbanding persaingan," katanya. 

Sementara itu, Singapore Telecommunications Ltd (Sing Tel) memenangi Anugerah Penyedia Telekomunikasi Asia Terbaik dan SK Telecom Co, pengendali telefon mudah alih terbesar Korea Selatan, menerima Anugerah Penyedia Mudah Alih Terbaik. 

Telecom Asia adalah kumpulan penerbitan telekomunikasi serantau terbesar Asia dan menerbit majalah Telecom Asia, yang disasarkan kepada profesional telekomunikasi di seluruh rantau ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment