My Add

Monday 23 April 2012

UMNO terus bela semua kaum

Oleh ZABRY MOHAMAD

NIBONG TEBAL, AHAD, 22 April, 2012: UMNO akan terus menjadi pembela dan pelindung kepada semua kaum serta etnik di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menegaskan, perkara itu amat penting kerana ia merupakan perintah Tuhan yang wajib dipatuhi.

Sebagai contoh, jelas Presiden UMNO itu, pemberian bantuan kepada rakyat oleh kerajaan Pusat tidak disalurkan kepada satu-satu kaum sahaja sebaliknya kepada semua kaum atas prinsip keadilan.

"Mungkin ramai orang Melayu yang miskin dan berpendapatan rendah tetapi ada juga orang India yang miskin dan berpendapatan rendah yang perlu kita bantu demi menegakkan prinsip keadilan.

"Tidak semua orang Cina kaya, ada juga orang Cina yang miskin dan berpendapatan rendah. Mereka juga patut ditolong atas prinsip keadilan," katanya ketika berucap di depan kira-kira 15,000 orang pada majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia di Simpang Tiga di sini hari ini.

Hadir sama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman serta pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Pada perkembangan lain, Najib memberitahu, hasil maklum balas yang diterimanya, sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat.

Jelasnya, kesan positif itu disebabkan BN sentiasa istiqamah dan konsisten dalam segala perancangan untuk rakyat.

"Parti pembangkang dulu cakap lain, hari ini cakap lain. Dulu buat lain, sekarang buat lain.

"Saya tidak kata kita sempurna, kita juga ada kelemahan tetapi kelemahan kita adalah kecil berbanding sumbangan kita kepada rakyat," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment