My Add

Thursday, 19 April 2012

Warga emas sedih SPR maklumkan sudah mati

ABU Bakar Djunus (kiri) menunjukkan MyKad dan resit BR1M yang dimilikinya di samping isterinya, Fatimah Mohd. Kassim di Tenom, semalam.

TENOM, EABU, 18 April, 2012 Seorang warga emas kesal dan terkejut apabila dimaklumkan kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dia sudah meninggal dunia.

Abu Bakar Djunus, 80, berkata, 'kematian' beliau dimaklumkan SPR dua hari lalu selepas dia mendaftar semula sebagai pemilih di Pejabat Daerah Tenom pada Februari lalu.

"Saya masih hidup dan memiliki Mykad tetapi saya terperanjat apabila nama saya ditolak sebagai pemilih kerana dilaporkan telah meninggal dunia.

"Apa yang lebih menghairankan saya baru-baru ini turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia yang menunjukkan bahawa saya 'masih' hidup," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment