My Add

Thursday 19 April 2012

Masyarakat Orang Asli mahu saman kerajaan Pas

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

KOTA BHARU, RABU, 18 April, 2012: Penduduk Orang Asli di Hulu Kelantan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Pas sekiranya terus berdegil enggan mewartakan tanah adat mereka.

Pengerusi Jaringan Orang Asal Kelantan, Azmi Badol berkata, pihaknya terpaksa bertindak memandangkan penduduk minoriti tersebut sudah tidak mempunyai cara lain bagi mendapatkan semula hak mereka.

Katanya, kerajaan Pas Kelantan sepatutnya mendengar rintihan penduduk Orang Asli dan bukannya dengan mudah menyatakan tidak akan melayan tuntutan mereka.

"Kami sedang mengumpulkan semua maklumat sejarah berkaitan tanah ini bagi membuktikan kami sememangnya mempunyai hak ke atasnya.

"Selepas semua maklumat dan dokumen berkaitan disediakan dengan lengkap, tindakan undang-undang akan diambil segera," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment