My Add

Saturday 25 August 2012

2 geng samun kenderaan tumpas

Oleh ROZIANAH RISMAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Kecekapan polis berjaya menumpaskan dua kumpulan samun kenderaan yang aktif melakukan jenayah itu di sekitar Lembah Klang dalam dua operasi baru-baru ini.

Kumpulan pertama yang dikenali sebagai Bumper yang terdiri daripada lima individu berusia antara 21 dan 31 tahun itu ditahan di dua lokasi di Jalan Gajus dan Klang pada 8 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, polis pada mulanya menahan empat suspek yang menaiki sebuah kereta Toyota Camry selepas kenderaan itu disamun di kawasan Taman Connaught pada hari yang sama.

“Hasil soal siasat, polis menahan lagi seorang suspek berusia 31 tahun di kawasan Klang dan merampas sebuah kereta jenis Toyota Harrier di Jalan Jubilee.

“Kereta tersebut dipercayai dicuri suspek ketika berada di kawasan sekitar Mount Kiara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Cheras di sini hari ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment