My Add

Saturday 25 August 2012

Parah ditetak kerana bertemu bekas kekasih



                                        *Mohd. Ifendi, Hazirah

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Hasrat seorang lelaki untuk menziarahi bekas kekasihnya sempena Hari Raya Aidilfitri, bertukar tragedi apabila dia cedera parah akibat ditetak sehingga hampir putus pergelangan tangannya yang dipercayai gara-gara cemburu buta.

Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 40 tahun mengunjungi rumah dipercayai bekas kekasihnya berusia 22 tahun di Flat Sri Melaka, di sini 1 Syawal lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang, gadis itu turut ditemani oleh seorang lelaki disyaki kekasihnya yang berusia 30 tahun lalu berlaku pertengkaran antara mereka.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, suspek lalu mengambil pedang Samurai di dalam rumah itu lalu menetak tangan kiri mangsa.

“Suspek dan gadis itu kemudian melarikan diri meninggalkan mangsa sejurus selepas kejadian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment