My Add

Saturday 25 August 2012

Isu Talam: DAP gagal desak Khalid beri penjelasan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Tindakan beberapa pemimpin DAP Selangor mempertahankan dan cuba menutup skandal penyelewengan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) yang berjumlah hampir RM1 bilion membuktikan parti itu tidak mengamalkan prinsip ketelusan dan akauntabiliti.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat yang bertindak keluar parti pada 17 Ogos lalu berkata, pemimpin DAP Selangor sepatutnya mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi penjelasan kepada rakyat berhubung skandal itu dan bukan mempertahankan tindakannya.

Beliau yang hilang kepercayaan terhadap sikap dwistandard DAP menambah, sokongan beberapa pemimpin parti itu kepada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memberi gambaran seolah-olah DAP bersekongkol dalam menyembunyikan perkara sebenar di sebalik skandal tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment