My Add

Saturday 18 August 2012

25,000 kampung dimajukan

SEMPORNA, JUMAAT, 17 Ogos, 2012: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terus komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di lebih 25,000 kampung di seluruh negara bagi memberi kemudahan terbaik kepada penduduk.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ini selaras dengan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pembangunan luar bandar yang membabitkan projek pembinaan jalan, bekalan air bersih dan bekalan elektrik 24 jam.

"Mengenai projek pembinaan jalan luar bandar, kerajaan telah berjaya membina jalan baru sejauh 2,515.61 kilometer berbanding sasaran asal 2,062.05 kilometer menjelang akhir tahun ini. Ia dapat memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta penduduk kampung di seluruh negara," katanya selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk Kampung Tundun, Pulau Bum-Bum di Semporna semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment