My Add

Saturday, 18 August 2012

Rayu kaedah asal ke Al-Azhar

Oleh RADHUAN HUSSAIN
KUALA TERENGGANU, JUMAAT, 17 Ogos, 2012: Kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi didesak agar kembali kepada kaedah asal dalam urusan penghantaran pelajar Malaysia bagi menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar di Mesir.

Ini kerana pada tahun ini, kaedah penghantaran itu yang biasanya dinilai berdasarkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah dihentikan dan segala urusan itu diserahkan kepada Yayasan Sofa yang beroperasi di Negeri Sembilan.

Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas, Datuk Abu Bakar Chik berkata, Kementerian Pengajian Tinggi diminta memulihkan semula hak pelajar untuk ke Al-Azhar seperti mana penghantaran para pelajar ke universiti lain di luar negara.

Beliau memberitahu, proses penghantaran pelajar bagi mengikuti bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar perlu diteruskan dengan berpandukan STAM yang melayakkan para pelajar meneruskan pengajian ke sana. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment