KUALA LUMPUR, jumaat, 17 Ogos, 2012: Sebanyak 400 pemilik kenderaan persendirian telah memanfaatkan pemeriksaan percuma Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) di seluruh negara yang bermula 6 hingga 26 Ogos ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammed Shukor Ismail berkata, perkhidmatan tersebut diadakan di semua cawangan Puspakom seluruh negara dengan 10 peringkat pemeriksaan merangkumi brek, gelincir sisi, tayar dan asap.
"Kita berharap lebih ramai lagi akan mengambil peluang untuk memeriksa kenderaan mereka bagi memastikan ia berada dalam keadaan selamat.
"Inisiatif ini merupakan antara tanggungjawab sosial korporat untuk menolong memastikan keselamatan kenderaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Mohammed Shukor, pihaknya juga meletakkan kenderaan pemeriksaan bergerak Puspakom di kawasan letak kereta Plaza Tol Bentong di Lebuh Raya Pantai Timur pada 16 Ogos lalu dari 6 petang hingga 10 malam. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment