My Add

Thursday 23 August 2012

4 pemandu lori minyak ditahan seleweng diesel bersubsidi

BESUT, RABU, 22 Ogos, 2012: Empat lelaki termasuk tiga pemandu lori tangki milik syarikat minyak ditahan hari ini, kerana dipercayai menyelewengkan diesel yang sepatutnya dihantar ke stesen minyak di Kelantan.

Mereka yang berusia antara 40 hingga 50 tahun itu ditahan dalam satu operasi di Kampung Lak Lok dekat sini, membabitkan pasukan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta polis Besut.

Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Terengganu, Ab Ghani Harun berkata, tiga pemandu lori tersebut yang membawa muatan diesel dari Kuantan, Pahang dijadual menghantar bekalan ke enam stesen minyak di Kelantan.

``Penyelewengan dilakukan dengan tidak menurunkan semua bekalan di stesen minyak terbabit dan menjual lebihan itu kepada pengusaha lori tangki persendirian yang turut ditangkap hari ini,’’ katanya kepada Bernama di sini.

Ketika ditangkap keempat-empat suspek sedang memindahkan lebihan minyak tersebut.

Ab Ghani berkata, suspek dipercayai mencuri kira-kira 1,250 liter daripada setiap lori dan menjualnya kepada orang tengah pada harga RM1.40 seliter dan orang tengah itu pula menjualnya pada harga RM2.

Diesel itu dipercayai sama ada akan diseludup ke negara jiran atau dijual kepada industri perikanan di Tok Bali, Kelantan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment