My Add

Thursday 23 August 2012

Bayar balik pinjaman walaupun RM50 sebulan - PTPTN

TEMERLOH, 22 Ogos, 2012: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak sepatutnya mempunyai masalah membayar balik pinjaman kerana mereka boleh berbuat demikian pada kadar serendah RM50 sebulan.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, PTPTN juga amat bertolak ansur dengan peminjam kerana agensi itu bersedia berunding menjadualkan semula pembayaran balik.

"Bukan matlamat PTPTN untuk mengambil tindakan tegas kepada pelajar, tetapi bagi memberi peringatan supaya pelajar yang berhutang dapat berhubung dan berurusan dengan kita dan tidak mendiamkan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment