My Add

Thursday 23 August 2012

5P: 115,600 PATI Indonesia mendaftar di Sabah

KOTA KINABALU, RABU, 22 Ogos, 2012: Seramai 115,600 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia telah didaftarkan melalui Program 5P (Pendaftaran, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran) sehingga 18 Ogos lalu.

Konsul Besar Indonesia di Sabah, Soepeno Sahid berkata, daripada jumlah itu sebanyak 114,000 pasport telah dikeluarkan kepada warga Indonesia berkenaan.

"Kami telah menyelesaikan lebih 95 peratus pengeluaran pasport dan kini masalahnya hanya pihak imigresen lambat mengeluarkan pelekat ke atas semua pasport mereka.

"Jadi saya berharap pihak berkenaan dapat mempercepatkan proses pengeluaran pelekat pasport bagi memudahkan semua warga Indonesia terlibat berurusan dan bekerja," katanya pada majlis Rumah Terbuka Konsulat Indonesia di sini semalam.

Dalam pada itu beliau berkata, cadangan mewujudkan Konsulat Malaysia di Tarakan Indonesia amat dialu-alukan bagi memudahkan urusan pembuatan visa pekerja Indonesia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment