My Add

Thursday 23 August 2012

PPj kaji khidmat bas percuma

PUTRAJAYA, RABU, 22 Ogos, 2012: Perbadanan Putrajaya (PPj) akan mengkaji kemungkinan menyediakan bas percuma antara Kuala Lumpur-Putrajaya pada setiap Sabtu dan Ahad bagi menarik lebih ramai pelancong ke pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Presidennya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, langkah tersebut bukan sahaja dapat memanfaatkan bas-bas Nadi Putra yang tidak digunakan pada Sabtu dan Ahad, tetapi ia juga dapat mempromosi destinasi-destinasi menarik di Putrajaya.

"Saya diberitahu bahawa Putrajaya hanya 'hidup' pada hari-hari bekerja tetapi ia menjadi seakan-akan tidak ada orang pada setiap Sabtu dan Ahad.

"Kita perlu menetapkan sasaran untuk menarik sejumlah pelancong ke Putrajaya menjelang 2015 atau 2020," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan perayaan Aidilfitri bersama pemandu bas Nadi Putra di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment