My Add

Thursday 23 August 2012

Seludup kapal: Maritim Malaysia sedia beri kerjasama

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Ogos, 2012: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sedia memberikan kerjasama dalam membantu siasatan berhubung isu penyeludupan kapal dagang dan bot tunda penarik tongkang di Johor.

Menurut Timbalan Ketua Penguat Kuasa (Operasi) Maritim Malaysia, Datuk Ahmad Puzi Abdul Kahar, pihaknya bersikap terbuka, telus serta profesional dalam isu tersebut.

“Bagi pihak Maritim Malaysia, kes tersebut telah selesai dan tiada pegawai kita dikesan terlibat, namun jika ada mana-mana pihak ingin mengemukakan sebarang fakta berhubung isu tersebut boleh tampil membantu siasatan.

“Kita ikut prosedur yang ditetapkan dan tindakan pelepasan kapal dagang dan bot tunda penarik tongkang berkenaan sebenarnya dibuat mengikut perintah pihak Mahkamah Tinggi, Johor bulan lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment