My Add

Thursday 23 August 2012

8 lelaki Iran, seorang wantia Uzbekistan didakwa edar dadah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Ogos,2012: Lapan lelaki warga Iran dan seorang wanita Uzbekistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah, dua minggu lalu.

Omid Torabi Ali, 27, Kamal Salvikouvarim Yadollah, 54, Hossein Gholami Ahmad, 47, dan Davod Yaghoti, 22, didakwa dengan niat bersama mengedar dadah berbahaya 53 gram Methampetamine di bilik pertama, B-07-08, Kiara 1888, Mont Kiara, Brickfields di sini jam 9 pagi, 9 Ogos lalu. 

Mereka menghadapi satu lagi tuduhan iaitu dengan niat bersama mengedar dadah berbahaya seberat 134.1 kilogram (134,074 gram) juga Methampetamine, di bahagian dapur tempat, masa dan tarikh yang sama.

Sementara itu, dalam kumpulan kedua, Kuralov Akhbar, 37, Shahin Daneshvar, 36, Reza Jan Mohammadi Tootoonsar, 37, Mehdi Dadashi Havadaragh, 37, dan seorang warga Uzbekistan, Yurkinoy TulKinova, 38, bersama-sama didakwa mengedar dadah berbahaya disyaki Methampetamine seberat 50 kilogram di sebuah rumah di Nadia Park Home, Persiaran Residen, Desa Park City, Sentul di sini jam 9.10 pagi 9 Ogos lalu.

Kuralov, Shahin, Reza Jan dan Yurkinoy menghadapi satu lagi tuduhan mengedar dadah disyaki Methampetamine seberat 90 gram di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Kedua-dua kumpulan itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Hanya Yurkinoy yang mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Azmil Muntapha Abas dan tiada pengakuan direkodkan. 

Azmil Muntapha kemudian menetapkan 23 Oktober depan untuk pertuduhan terhadap kesemua lapan lelaki Iran itu dibacakan semula dengan bantuan jurubahasa yang fasih dalam bahasa Parsi.

Peguam Tania Scivetti yang mewakili kesemua tertuduh memberitahu pihak media bahawa kesemua mereka berada di negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment