Jaguh badminton negara, Chong Wei berkata, kesungguhan dan semangat atlit paralimpik negara adalah luar biasa dan berharap mereka mampu membuat kejutan di London nanti.
"Olimpik pun sudah tamat dengan satu pingat perak dan satu pingat gangsa, saya harap mereka (atlit paralimpik) dapat memberi satu kejayaan yang lebih baik di London nanti.
"Saya pernah tengok atlit paralimpik negara membuat latihan di Bukit Jalil (Majlis Sukan Negara), mereka berlatih dengan bersungguh-sungguh," katanya kepada pemberita selepas menerima ganjaran RM100,000 atas kejayaannya meraih pingat perak dalam acara badminton perseorangan lelaki pada temasya Olimpik London baru-baru ini.
Turut menerima ganjaran RM100,000 itu ialah pemenang pingat gangsa acara terjun 10 meter papan anjal wanita, Pandelela. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment